Friday, May 23, 2008

RM5,000 ~ RM50,000 Loans Dari Kementerian Belia Dan Sukan


Nama Skim
Skim Tabung Ekonomi Belia ( STEB ) dibahagikan kepada 2 :-
Skim Belia Niaga (SBN)
Skim Belia Tani (SBT)

Tujuan Skim
Skim ini bertujuan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada golongan belia yang menjalankan usaha niaga dalam pelbagai bidang. Kemudahan pembiayaan ini disediakan bagi memulakan dan menggembangkan perniagaan.

Agensi Pelaksana
Institusi Kewangan yang dilantik :
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) – Skim Belia Niaga (SBN)
Agro Bank - Skim Belia Tani (SBT)

Had Pinjaman
Jumlah pinjaman yang dibenarkan bagi Skim Belia Niaga (SBN) dan Skim Belia Tani (SBT) yang
disediakan adalah dari RM 5,000.00 hingga RM 50,000.00

Kategori Pemohon
Kategori 1 ( telah berniaga dan mempunyai sijil )
Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan dan mempunyai sijil yang berkaitan.
Kategori 2 ( memulakan perniagaan dan mempunyai sijil )
Baru memulakan perniagaan dan telah mempunyai sijil yang berkaitan.

Kadar Bayaran Perkhidmatan
Kadar bayaran perkhidmatan yang dikenakan ialah 4% di atas baki pinjaman

Syarat Pinjaman
Golongan belia yang layak untuk mendapat kemudahan pinjaman adalah seperti berikut;

  1. Warganegara yang menetap di Malaysia berumur antara 18 - 40 tahun. (Minimum umur pemohon adalah 18 tahun dan sebelum mencapai umur 41)
  2. Tujuan permohonan adalah untuk memula dan mengembangkan perniagaan.
  3. Permohonan pinjaman adalah secara individu dan menjalankan perniagaannya secara sepenuh masa.
  4. Seorang sahaja antara suami atau isteri yang layak pada bila-bila masa untuk memohon pinjaman.
  5. Setiap peminjam mestilah bebas dan bersih dari tindakan undang-undang.
  6. Lulusan IKTBN/IKBN diberi keutamaan bagi memohon pinjaman untuk memulakan perniagaan.

Syarat Penjamin
Pinjaman RM 15,001.00 – RM 50,000.00 satu ( 1 ) orang penjamin ;
  1. Penjamin digalakkan daripada kalangan ahli keluarga.
  2. Penjamin mempunyai pendapatan tetap kasar ( termasuk elaun-elaun tetap) tidak kurang dari RM 800.00 sebulan .
  3. Penjamin adalah adalah terdiri daripada kakitangan kerajaan atau swasta.
  4. Penjamin yang bekerja disyarikat yang sama dengan pemohon tidak layak menjadi penjamin.
  5. Tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya.
Syarat khas :
Semua pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Belia dan Sukan adalah tidak layak menjadi penjamin.
Had menjamin :
Seseorang yang layak untuk menjadi penjamin tidak boleh menjamin lebih dari satu ( 1 ) orang peminjam pada satu-satu masa.

Permohonan Untuk Mendapat Pinjaman
  1. Permohonan untuk mendapatkan pinjaman mestilah menggunakan borang permohonan pinjaman khas institusi kewangan yang dilantik oleh Kementerian Belia dan Sukan.
  2. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan lima ( 5 ) salinan kertas kerja dan dimajukan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) untuk cop pengesahan.
  3. Salinan asal pinjaman hendaklah dimajukan terus kepada institusi kewangan yang dilantik.
  4. Manakala tiga ( 3 ) salinan permohonan diserahkan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD). Satu ( 1 salinan adalah untuk simpanan pemohon.
  5. Pegawai di Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) hendaklah memajukan satu ( 1 ) salinan masing – masing kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Kementerian Belia dan Sukan (Cawangan Pembangunan Ekonomi), manakala satu ( 1 ) salinan untuk simpanan PBSD.
  6. Borang permohonan yang lengkap dan kertas kerja mestilah dimajukan melalui institusi kewangan yang dilantik.
  7. Hanya satu pinjaman SBN/SBT sahaja dibenarkan pada satu-satu masa.
___________________________________________
Untuk keterangan lanjut;
En. Omar Mohd Ali +6017- 6485 749
En Nuruddin Ahmad +60133891 464

**Pihak kami menyediakan pembuatan kertas kerja.


No comments: